Pendapatan AKTIF-
Adalah Sumber Pendapatan yang diperoleh disebabkan seseorang itu bekerja, dia dibayar berdasarkan masa bekerja ditukarkan dengan wang. Contoh dibayar RM 5/sejam. Jika tidak bekerja maka dia tidak memperoleh pendapatan. Oleh itu anda perlu melibatkan diri secara lansung dengan pekerjaan tersebut untuk memperoleh pendapatan. Seperti: pekerja Kerajaan atau swasta. Pendek kata, jika anda bekerja anda dapat duit, tidak bekerja tiada pendapatan.
Pendapatan PASIF-
Adalah Sumber Pendapatan yang diperoleh tanpa anda perlu bekerja setiap hari. Aliran wang masuk tanpa memerlukan kita melibatkan diri secara lansung dengan pekerjaan tersebut. Pendek kata, anda hanya perlu bekerja pada awalnya sahaja untuk mewujudkan sumber pendapatan tersebut, setelah stabil anda bekerja atau tidak akan memperoleh pendapatan. Seperti: hasil sewaan asset, hasil ladang, royalty hak cipta, pelaburan. Pendapatan PASIF membolehkan anda hidup lebih baik, kerana tidak terikat dengan waktu kerja, dapat menikmati lebih banyak masa bebas . Anda tidak perlu menukarkan masa dengan wang setiap hari. FREEDOM.
Oleh itu anda perlu merancang sumber pendapatan seawal usia muda, pendapatan aktif hanyalah batu loncatan untuk anda memperoleh sumber pendapatan kewangan bagi membina pendapatan pasif dan menambah pengalaman hidup. Contoh pendapatan Pasif, rumah sewa, homestay, kedai sewa, content youtube, Adsense google, Estate, cipta App dan sebagainya.
Kefahaman mudah, Atok Daud mempunyai sebuah kedai runcit, beliau mewariskan kedai itu kepada Ayah Daud, apabila Ayah meninggal Daud mengambil alih perniagaan. Keluarga ini mempunyai jaminan pendapatan kewangan yang kuat melalui kedai tersebut yang merupakan Pasif income. Daud masih mempunyai pendapatan sekalipun ayahnya telah meninggal. Hal berbeza dengan Ahmad, Ayahnya seorang pekerja syarikat swasta, beliau telah jatuh sakit dan dibuang kerja, sejak itu Ayah Ahmad hilang pendapatan dan hanya bergantung dengan simpanan, Ahmad sejak itu telah jatuh susah.
PASIF Income adalah sumber pendapatan yang baik, untuk kepentingan jangka masa yang panjang.


No comments:
Post a Comment