Pages

Tuesday, 5 November 2024

PENJAGAAN PRODUK BAYI NAJLAA

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dry itchy skin, diaper rash or eczema, the Najlaa' Baby Skincare Products are specially formulated with green and natural products to help nourish, soothe and protect baby's sensitive skin.



PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA: 

Di design khas untuk semua jenis kulit bayi, normal ataupun sensitif. Menggunakan Minyak Kelapa Dara, Herba asli, Extrak Gamat dan sebagainya. Pendekatan yang " Green and Natural from the Very Start and Baby Friendly". Produk Muslim dan Halal.


SERUM COLLAGEN
=========
*FUNGSI*
=========
💖 Penjagaan rapi kulit allergy dan eczema
💖 Mengecutkan jerawat
💖 Memudarkan jeragat
💖 Melembapkan kulit kering
💖 Merawat psoriasis
💖 Menghaluskan & melembapkan kulit
💖 Menghilangkan kedutan, anti penuaan
💖 Memulihkan & melembutkan kulit yang kering & kasar
=============
*CARA GUNA*
=============
Sapu pada kulit dan muka 2x sehari. Tak perlu guna banyak, dap dap dap sahaja dan sapu keseluruhan kulit dan muka



HERBAL OIL
==============
*KANDUNGAN* :
==============
Diperbuat dari herba asli seperti :
✅ Halia 
✅ Buah pala
✅ Serai wangi
✅ Dedaun herba                                                                                                                                  
✅ Minyak kayu putih dan pelbagai essential oil 

=============
*KEGUNAAN* :
=============
Perlindungan kepada bayi dari _TANGISAN BERPANJANGAN_ (sawan tangis)
Membantu merawat perut kembung & selsema
Digunakan untuk urutan bayi dan sengal-sengal badan
Menghangatkan badan bayi selepas mandi
Ubat tahan sakit, mengurangkan radang dan kesakitan
Menangani Morning sickness



ESSENCE RUB
==============
*KEGUNAAN* :
==============
1) Membantu masalah kaki pecah
2) Memulihkan mabuk dlm perjalanan
3) Membantu masalah demam selsema
4) Mengurangkan kesakitan dan keradangan
5) Membantu masalah pernafasan
6) Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
7) Bersifat anti rheumatiod. Mengurangkan sakit sendi
8) Meningkatkan konsentrasi, minda lebih segar
9) Mengurangkan rasa gatal gatal akibat allergy atau ruam
10) Melegakan sakit kepala
11) Mengurangkan tekanan dan kerisauan
12) Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
13) Mengurangkan bengkak dan benjol
14) Mereda gigitan dan sengatan serangga
15) Menangani masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal



SOOTH CREAM (HERBAL)
==============
*KEGUNAAN* :
==============
Membantu menangani masalah ■ eczema ■ Ruam lampin ■ Gatal-gatal ■ Alahan kulit ■ Kudis ■ Panau ■ Kayap ■ Cagu 9 ■ Ruam chickenpox ■ HFMD ■ Kurap ■ Anti penuaan ■ Tumit Kaki pecah ■  Sunburn ■ Terbakar, Melecur ■ Terluka ■ Ketuat ■ Jeragat ■ Meningkatkan kolagen kulit ■ Melembap kulit kering

===========
*CARA GUNA* :
===========
Sapu kan dibahagian kulit bermasalah, sehingga menyerap ke dalam.
Kulit NORMAL boleh terus sapu herbal cream pada area kulit bermasalah
Kulit KERING, perlu lapiskan dahulu kulit dengan pelembao seperti Gel pelembap, minyak olive atau VCO, kemudian sapu herbal cream. Kekerapan sapuan mengikut keperluan pesakit. Sekurang-kurangnya 2x sehari



NOURISH LOTION
=========
*FUNGSI*:
=========
🍥 Untuk menjaga kesihatan, kelembapan dan kecantikkan kulit.
🍥 Bertindak dengan menganjalkan kulit secara semulajadi
🍥 Memudarkan parut serta cela, Memudarkan vericose vein & strecthmark
🍥 Menghalau nyamuk
🍥 Tinggi Vitamin E, menjadikan ia anti-penuaan berkuasa
============
*CARA GUNA*:
============
Sapu pada kulit selepas mandi 2x sehari. Guna bila perlu



NUTRIEN OIL
======================
*KANDUNGAN & FUNGSI*
======================
✅ *Minyak Kelapa Dara* - pelembap berkesan dan melambatkan kedutan di samping mencantikkan kulit. Untuk rambut minyak kelapa dara menyerap kedalam folikel, menggalakkan pertumbuhan rambut serta anti kelemumur. Ia juga memelihara rambut dari "split end/breakage"
✅ *Vitamin A* - Menyempurnakan proses fisiologi kulit untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang lebih sihat & berseri
✅ *Vitamin E*- Antioksida, antipenuaan, menghilangkan parut & kedutan
✅ *Sakura Extract*- Memberi kesan wangi yang lembut & semulajadi
✅ *Minyak zaitun*- Minyak Zaitun kaya dengan biotin, niacin, Vitamin E dan D. Menjadikan ia Pelembap kulit semulajadi dan Membantu rambut tumbuh subur.
✅ *Minyak Argan*-Minyak argan merupakan minyak "emas" atau sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.
✅ *Minyak Bunga Matahari*-Mengandungi Vit ABC dan E serta kalsium potassium dan Zat Besi. Menguatkan rambut dan mengelakkan keguguran serta menggalakkan pertumbuhan 
✅ *Minyak Biji Anggur*-Mengandungi linoleic acid, protein, mineral dan Vit E yg membantu penumbuhan rambut yg sihat. Antipenuaan, Collagen booster dan menyembuhkan luka

======================
*CARA GUNA*
======================
Sapukan pada kulit dan rambut.
Untuk penggunaan rambut sepanjang Hari:  👉 Sapukan pada rambut tanpa mengenai kulit kepala.
Untuk rawatan rambut :  👉 Sapukan minyak pada rambut sehingga kulit kepala. Urut-urut kepala dengan minyak. Biarkan 1-2jam. Cuci dengan shampoo



FRESH SOAP
======================
*FUNGSI FRESH SOAP*
======================
■ Untuk meningkatkan nilai kesihatan & kecantikkan diri
■ Sesuai untuk mandian si manja & pesakit kulit seperti ekzema, kudis, kulit kering
■ Sesuai juga untuk kulit muka/badan yang berjerawat & berparut
==============
*CARA GUNA*
==============
Untuk BAYI👉 Potong sebahagian sakura soap masukkan kedalam botol, tambah air. Goncang Biarkan larut. Guna untuk cuci kepala dan badan bayi. 2x sehari
Untuk DEWASA 👉 Sabunkan muka dan badan seperti sabun biasa. 2x sehari. Cuci muka sebelum tidur juga.



KUNYIT HITAM BALM
=============
*FUNGSI*
=============
Digunakan seperti pilis, disapu pada dahi wanita dalam pantang
Membantu mengurangkan symptom asthma
Melancarkan peredaran darah
Memulihkan mabuk dlm perjalanan
Membantu masalah demam selsema
Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
Bersifat anti rheumatiod. Membantu mengurangkan sakit sendi
Mengandungi herba bersifat Penahan sakit semulajadi yg berkesan
Bersifat anti mikroorganism. Membantu masalah jangkitan kulit
Membantu melegakan sakit kepala
Mengurangkan tekanan dan kerisauan
Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
Membantu mengurangkan bengkak dan benjol
Mereda gigitan dan sengatan serangga
Membantu mengurangkan masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal



MULTI WASH (SHOWER BATH)
=============
*KEGUNAAN* :
=============
- Kulit kering
- Eczema - Allergik
- Cantikkan kulit
- Melembap dan melembutkan kulit secara semulajadi
======================
*CARA GUNA*
======================
- Guna untuk mandi 
- Boleh juga utk cuci muka
- Guna untuk cuci tangan kulit sensitif
1) Guna 3-5 titis sahaja untuk memandikan bayi.
2) Boleh digunakan sebagai sabun badan dan shampoo kepala.
3) Elakkan terkena mata





(Get  Products Najlaa Today for Your Precious One )

Tuesday, 8 October 2024

HIDUP INI 100% TANGUNGJAWAB ANDA

 Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana...

Mitos bahaya yang dipercayai ramai hari ini , " Ada orang lain bertangungjawap mengisi keperluan hidup kita secara berterusan ". Kepercayaan Karut yang kerajaan perlu menyediakan yuran pendidikkan anak kita, Hidup lemah dengan percaya kita layak zakat seumur hidup, Tukang kutip sampah untuk mengutip sampah sarap. Kita meletakkan semua tangungjawap untuk mengatasi sesuatu masalah dibahu orang lain. Sikap lemah ini menyebabkan kita hidup sebagai orang gagal.

Tahukah anda, satu-satunya orang yang 100% akan mencapai segala keperluan dan impian hidup anda adalah Hanya anda sendiri. Jangan salahkan orang lain jika anda gagal peperiksaan, jangan cari alasan mengapa persekitaran taman anda kotor, Jangan salahkan kerajaan anak anda ke sekolah tanpa biasiswa, Jangan tunding jari kepada pasangan mengapa hidup anda tidak bahagia. Ini kepercayaan karut, yang orang lain bertangungjawap  membahagiakan hidup anda.

Mulai hari ini jadilah orang yang 100% bertangungjawap ke atas hidup anda sendiri. Sebab akibat hidup anda tangung sendiri, semua perkara dalam hidup anda bertangungjawap ke atasnya. 

Jika anda Mempunyai 1) Tujuan, Impian, Objektif hidup. Anda sendiri menentukan 2) segala cara dan tindakkan yang perlu diambil untuk mencapai hal tersebut. Berusahalah, hanya orang berusaha berjaya dalam hidup ini. Bertindaklah hanya orang bertindak berjaya mencapai impiannya. 

 Ramai orang berani bermimpi hendak itu ini, tetapi mengharapkan orang lain untuk mencapainya. Tiada siapa pun ingin bekerja percuma untuk anda, anda perlu bekerja berusaha sendiri untuk mencapainya. Tulis 1) Impian yang anda inginkan 2) rancang tindakkan yang perlu diambil 3) bertindak ke atas rancangan tersebut sepantas yang mungkin.

Wednesday, 2 October 2024

FREEDOM: BEZA PENDAPATAN AKTIF DAN PASIF !

Pendapatan AKTIF- 

Adalah Sumber Pendapatan yang diperoleh disebabkan seseorang itu bekerja, dia dibayar berdasarkan masa bekerja ditukarkan dengan wang. Contoh dibayar RM 5/sejam. Jika tidak bekerja maka dia tidak memperoleh pendapatan. Oleh itu anda perlu melibatkan diri secara lansung dengan pekerjaan tersebut untuk memperoleh pendapatan. Seperti: pekerja Kerajaan atau swasta. Pendek kata, jika anda bekerja anda dapat duit, tidak bekerja tiada pendapatan.

Pendapatan PASIF- 

Adalah Sumber Pendapatan yang diperoleh tanpa anda perlu bekerja setiap hari. Aliran wang masuk tanpa memerlukan kita melibatkan diri secara lansung dengan pekerjaan tersebut.  Pendek kata, anda hanya perlu bekerja pada awalnya sahaja untuk mewujudkan sumber pendapatan tersebut, setelah stabil anda bekerja atau tidak akan memperoleh pendapatan. Seperti: hasil sewaan asset, hasil ladang, royalty hak cipta, pelaburan. Pendapatan PASIF membolehkan anda hidup lebih baik, kerana tidak terikat dengan waktu kerja, dapat menikmati lebih banyak masa bebas . Anda tidak perlu menukarkan masa dengan wang setiap hari. FREEDOM.

Oleh itu anda perlu merancang sumber pendapatan seawal usia muda, pendapatan aktif hanyalah batu loncatan untuk anda memperoleh sumber pendapatan kewangan bagi membina pendapatan pasif dan menambah pengalaman hidup. Contoh pendapatan Pasif, rumah sewa, homestay, kedai sewa, content youtube, Adsense google, Estate, cipta App dan sebagainya. 

Kefahaman mudah, Atok Daud mempunyai sebuah kedai runcit, beliau mewariskan kedai itu kepada Ayah Daud, apabila Ayah meninggal Daud mengambil alih perniagaan. Keluarga ini mempunyai jaminan pendapatan kewangan yang kuat melalui kedai tersebut yang merupakan Pasif income. Daud masih mempunyai pendapatan sekalipun ayahnya telah meninggal. Hal berbeza dengan Ahmad, Ayahnya seorang pekerja syarikat swasta, beliau telah jatuh sakit dan dibuang kerja, sejak itu Ayah Ahmad hilang pendapatan dan hanya bergantung dengan simpanan, Ahmad sejak itu telah jatuh susah.

PASIF Income adalah sumber pendapatan yang baik, untuk kepentingan jangka masa yang panjang.

ORANG BERJAYA- WRITE LIFE SCRIPT!

Dengan nama ALLAH yang Maha bijaksana...

Listen to my advice

When You are young... buy your own life as soon as possible, buy Freedom (free from debt) . Completed your life with...your own house, car, saving. Because you have energy now, you are healthy, you are committed, you can work hard and smart.

We can't predict what gonna happen in the future, bila kita mempunyai asas keperluan hidup sendiri...kita tidak perlu bergantung hidup dengan sesiapa... Jadilah orang yang berdikari. Kita tak perlu tunggu prince charming, so we can live in his house. Kita tak perlu tunggu rich papa, so we can live luxury life. You get it by your own!

My life...

When I was young, I truly wrote down Life script, who I gonna be, and work for that and achieve it. Then life has up and down, people come people go. But not really affected me, because my feet on the ground... Im free from debt, I have my own income, house, my car, some saving.

Do not think about fancy thing like... Im gonna marry rich one, so he or she can support my life, thats their money not yours, so work hard while you are young.


WRITE -YOUR LIFE SCRIPT NOW !
APAKAH-TUJUAN HIDUP ANDA !

Panduan menulis script Kehidupan? Tulis: 
1) Tujuan hidup- dalam Al-Quran Allah berfirman "tidaklah Allah menciptakan Jinns dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah". So apakah ibadah:

-Solat 5 waktu
-Baca Al-Quran
-Zikir Laillahaillah dan bertasbih kepada Allah
-Puasa
-Bayar Zakat
-melakukan amal kebaikkan, amal kebajikkan

2) Impian atau Objektif- fokuskan kepada amal kebaikkan, secara kefahamannya apa sahaja pekerjaan yang membawa kebaikkan dan membantu menyelesaikan masalah orang ramai. Contoh Usahawan berjaya, Doktor, Engineer

3) Bagaimana mencapai impian tersebut- Keputusan SPM 10 A, masuk universiti dapatkan ijazah, cari pekerjaan yang menjamin masa depan atau bina ideas anda sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah, jadi usahawan hasilkan ideas itu dan pasarkan pada orang ramai

4) Harta- Rumah, kereta, saving

5) Life enrichment- buku bacaan yang baik dan membina, kursus untuk menambah ilmu serta hobi yang bermanfaat

#foundernajlaa 
#najlaababyskincare

Tuesday, 1 October 2024

GIRL-MARRY A RICH MAN IS NOT A GOOD DREAM!

As I grow up to my age now... 

I learned something. Masa kita anak muda, many young lady dream of marry... Rich Man, Royal blood, Millionnaire, Hartawanan... so I boleh jadi isteri orang kaya hidup mewah, I boleh jadi isteri Raja-Raja boleh hidup terkenal, dihormati. Ok Ok is a BAD dream !. Kerana apa ia adalah cita-cita yang buruk ? Kerana Impian mereka hanyalah menumpang kehidupan Kaya orang lain, bukan diri mereka.

Mengapa bukan Anda sendiri...Multimillionaire tersebut, Hartawan tersebut, Rich Girl tersebut. I think we feel proud to say... I'm a millionaire, I"m a success person, I'm owner of this factory. I created my own success, I created my own brand name, I have been known everywhere because of myself . 

You know in the real... there are friends who marry to millionaire, hartawan, but still complain of not enough money, suami kedekut, hidup macam melukut ditepi gantang, mengharapkan ehsan orang, mak mertua kawal harta suami. So hidup dalam sengsara kesusahan

You know also in the Real...there are friends... who look simple, humble, nice person but they are owner of their own business, become Lady Boss, created their own success, by herself a multimillionaire, they have freedom life, free from debt, live in villa, drive good car... live better life than anyone else.

We should encourage our young Girl to stop dreaming of marry... Rich man. Girl ! from now you by yourself become a successful person, become a millionnaire, buy luxury house, good car etc.  Because of what? dream of marry Rich man is not good:

1) Rich man will say... I created my own success, you come into my life, does not make you owner of my money.

2) You think you are beautiful? When you grow old, aging swallow your beauty. But Girl, if you have money, you can buy beauty.

3) Freedom. When you become owner of your own money, property, nobody can kick you down. But just be wife of Rich man, many bad girl will try to kick you out of his life.

4) We marry a man for True Love and lists of good behaviour he has, not for their money or property.

I know little how to do it. We have to Dream Big, Think Big, Created your own success. InsyaAllah

Tuesday, 24 September 2024

MENUNTUT ILMU DAN JENIS-JENIS ILMU

ILMU bisa dipelajari dengan dua cara 1) Diamati 2) Diturunkan. Contoh kita mengamati sebuah kerusi, cara binaannya, kestabilannya, ukirannya lalu pulang kita cipta kerusi seumpamanya. Ilmu itu diperoleh dengan Cara mengamati. Keduanya ilmu yang diturunkan oleh seorang guru, sifu kepada muridnya. Dan sebaik baik ilmu itu adalah orang yang dikurniakan Hikmah oleh Tuhan.

…Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan 

(Al-Mujadilah : 11)


Apakah Jenis -Jenis Ilmu yang harus diutamakan? 

FARDHU AIN. RUKUN IMAN

Pertamanya tentulah Ilmu Fardhu Ain. Yang terbahagi kepada beberapa bahagian.  Pertama Tauhid dan akidah, meliputi Rukun Iman. Apakah yang dikatakan beriman kepada Allah, Nabi dan Rasul, Kitab- Kitab, para Malaikat, Hari Akhirat dan Takdir (Qada-Qadar). 


Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. 

(Surah An-Nisaa': 136)

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. 

(Surah Al-Hadid: 22-23)


RUKUN ISLAM

Kedua Ilmu Rukun Islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa, membayar zakat dan mengerjakan haji. Bagaimana mengerjakan amalan rukun islam ini dengan sempurna.

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. 

 (Surah An-Nisaa’: 103)

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.  

(Surah Al-Baqarah: 183)

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. 

(Surah Al-Baiyinah : 5)

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. 

(Surah Ali ‘Imran : 97)

Ketiga, Ilmu Fardhu Kifayah. Meliputi ilmu-ilmu yang lebih berpusat dalam kita mengamalkan kebaikkan dan kebajikkan kepada orang ramai, masyarakat dan negara. Orang yang paling banyak melakukan kebaikkan sesama manusia, adalah orang yang paling banyak amalnya. Kerana melakukan sesuatu atas kebaikkan manusia lain menuntut pengorbanan dan keihlasan diri. Setiap amal kebaikkan akan mendapat balasan kebaikkan samada dia beriman atau tidak. Ada orang yang meminta dunia, maka dia memperolehi kebaikkan itu didunia. Ada yang melakukannya kerana Allah, maka dia peroleh dua bahagian akhirat dan faedah faedah lain (diantaranya dunia).


ILMU-ILMU FARDHU KIFAYAH

Beberapa cabang Ilmu yang sangat penting untuk dipelajari oleh setiap manusia, terutamanya kanak-kanak dan remaja ( 7-17 tahun) . Ini kerana anak-anak muda yang memiliki cabang cabang ilmu ini, dapat hidup sempurna dan bertangungjawap dan disenangi masyarakat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mohonlah kalian kepada Allah akan ilmu yang bermanfaat dan berlindunglah daripada Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.” (Hadis Riwayat Abu Syaibah sebagaimana terkandung dalam Musannafnya). 

Wahai manusia, Belajarlah ilmu ilmu yang bermanfaat kepada hidupmu. Wahai para guru ajarlah ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada manusia. Bukannya mengajar ilmu ilmu yang berakhir hanya dalam buku, akhirnya menjadi usang dan dimakan anai anai. Diantara ilmu-ilmu yang sangat penting: 

1) PERSONAL CARE

Penjagaan diri adalah penting. Belajarlah bagaimana untuk menjaga dan membersihkan diri, penjagaan kulit, berpakaian mengikut syarak, merapi dan meriaskan diri serta Asas jahitan.

2) MAKANAN DAN NUTRISI

Orang yang mempunyai ilmu tentang manfaat dan bahaya makanan yang dimasukkan ke dalam perutnya dapat memelihara diri dari penyakit. Kerana kebanyakkan penyakit itu berpunca dari perut manusia. Belajarlah 1) manfaat dan bahaya makanan 2) had had pengambilan makanan 3) cara memasak yang sihat .

3) HOUSEKEEPING SKILLS

Belajarlah mengemas rumah, terhias rapi, bersih dari sampah,  bersistematik dan mampu meringankan kerja orang sekeliling. Bagaimana untuk Menyusun alatan secara kemas dan bersistem contohnya Menyusun kasut, Menyusun alatan dapur, Mengemas bilik tidur. Menjaga kebersihan contohnya bagaimana membersih bilik air, Menangani sinki yang tersumbat. Menguruskan pakaian, mendobi, melipat baju dan menyusunnya didalam almari. Dan sebagainya

4) MEMBAIKI RUMAH

Belajarlah skill membaiki rumah, oleh itu mereka menyayangi rumah mereka, baiti jannati. Kebanyakkan manusia merungut dan merasa susah hati dengan rumah yang rosak tetapi tidak tahu bagaimana membaikinya. Belajar bagaimana untuk membuat aliran air, membancuh simen, menukar lampu, kerja kayu dan sebagainya.

5) SKILL PENGURUSAN MASA

Demi waktu manusia dalam kerugian. Belajarlah menguruskan masa menggunakan JADUAL WAKTU. Tetapkan, bila waktunya untuk beribadah, untuk membaca dan belajar, untuk bermain, untuk rehat dan membersihkan diri. 

6) ADAB MENULIS

Menulis dengan akhlak yang mulia dan budipekerti. Susunan penulisan:  pembukaan, isi kandungan, penutupan. Dan pemilihan perkataan perkataan yang mulia yang dapat meningkatkan kehormatan diri dan memuliakan orang yang membacanya, membuatkan yang berdosa bertaubat, membuatkan yang tidak berilmu mengetahui. Penulisan yang mudah, berkesan dan difahami.

7) BASIC FIRST AID

Belajarlah bagaimana untuk melakukan CPR, bagaimana untuk menghentikan pendarahan, cara-cara menangani orang kemalangan dan patah tulang, menurunkan suhu demam, merawat penyakit penyakit ringan seperti sakit kepala, selsema, sembelit, cirit, luka dan lepuh, terseliuh, gigitan serangga, tekanan darah tinggi, kolesterol, diabetes, gaut, sakit urat. Asas urutan. Belajarlah ilmu ilmu rawatan alternatif menggunakan herba herba yang ada disekeliling mereka.

8) PENGIRAAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN

Setiap orang harus tahu asas pengiraan, tambah tolak, darab bahagi, mengenal jumlah jumlah duit. Selain itu, sangat penting mempuyai Ilmu pengurusan kewangan, menabung, nafkah, zakat, sedekah, bahagian duit untuk barangan dapur, untuk mencari ilmu, kebolehan untuk menyeimbangkan penghasilan duit dan penggunaan duit suapaya dapat mengelak hutang, bazir dan riba.

9) MENGHORMATI DAN MENGHARGAI DIRI SENDIRI/ EMOTIONAL INTELLIGENCE

Belajarlah menghargai diri sendiri. Allah sayang kepada makhluknya dan menetapkan kasih sayang pada dirinya untuk makhluk. Allah menciptakan manusia bebas dari penghambaan kepada selain diri Nya. Cukuplah hanya Allah untuk kita sebagai hamba Nya. Oleh itu engkau tidak menghambakan diri kepada dunia ini dan perhiasannya. Percaya terhadap kebolehan diri, Menetapkan nilai nilai positif, Mensyukuri nikmat Tuhan, 

10) SKILL MENDENGAR DAN KOMUNIKASI

Belajarlah bagaimana untuk mendengar, dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan. Diamlah, keran didunia ini ramai orang suka bercakap, tetapi jarang yang dapat mendengar, sekalipun mendengar suaranya sendiri. Allah menciptakan dua telinga, dan satu mulut. Bagi yang mampu berfikir, ianya supaya dengarlah dengarlah dan kemudian bercakaplah. 

11) SKILL BERCUCUK TANAM

Belajarlah ilmu bercucuk tanam. Ini penting supaya dapat menghasilkan makanannya sendiri, tanpa perlu meminta simpati saat susah. Bagaimana menanam, menyiram, merawat, membaja. Membuat tapak semaian, jenis jenis tanah. Cara cara membuat baja organic, mengurai tanah. Kempen Satu Rumah Satu Kebun.

12) MENANGKAP DAN MENTERNAK HAIWAN

Digalakkan belajar memelihara haiwan ternakkan. Bagaimana menangkap ikan, menternak kambing lembu, menternak ayam itik. Bagaimana memerah susu, membuat cheese. Kempen Satu Rumah Satu Reban

13) TEKNOLOGI KREATIF

Belajarlah ilmu-ilmu tentang penggunaan teknologi bagi memudahkan pekerjaan dan leih berkesan. Contoh untuk membersihakan sampah, awalnya manusia menggunakn penyapu, kemudian vacuum dihasilkan untuk fungsi yang lebih baik. Jika mampu menghasilkan teknologi baru, itu satu tranformasi yang membawa kebaikkan kepada orang ramai.

14) MENJAGA DAN MEMBAIKI KENDERAAN

Belajarlah ilmu pengetahuan asas tentang penjagaan kenderaan, bagaimana menukar tayar yang kempis, cara betul membawa kereta dan sebagainya

Demikianlah 14 cabang ilmu-ilmu yang harus diajar kan pada anak-anak. Para ahli pada setiap cabang ilmu boleh mengembangkan ilmu ilmu itu menjadikan satu maklumat lengkap, praktikalnya dan cara penyampaiannya supaya ilmunya detail, mudah difahami dan berkesan kepada individu.


BERJAYA DALAM HIDUP

 MENGAPA LAMBAT BERJAYA?

Bagaimana untuk meningkatkan kualiti peribadi dan kualitas hidup. Orang yang lambat Berjaya. Apa yang menyebabkan seseorang lambat Berjaya? 

- Pertama lambat dalam memulai sesuatu kebaikkan itu.

- Kedua kita rasa akan ada waktu nanti. Tangguhkan.

- Ketiga rencananya itu dianggap ringan atau tidak begitu penting

- Keempat dia tidak merasakan bahaya akibat melambatkan sesuatu perkara itu.

- Kelima kerana masalah disiplin


DALIL MASA ITU PENTING

Sesungguhnya masa itu berharga, detik berlalu tidak boleh dibeli semula. Oleh itu hargailah. Satu satunya yang tidak mempunyai butang reverse dan tidak ada ubat untuk buat ia Kembali adalah masa. Hargai segala-segalanya.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 

(Al-'Asr 103:1-3)


RANCANG HALATUJU HIDUP

Seawal mungkin seseorang menemui halatuju tujuan hidupnya. Dan membuat perancangan serta mengambil plan tindakkan strategik dalam mencapai tujuan itu maka dia menjadi anak muda yang Berjaya pada awal usia, lekas dewasa. Namun hendaklah definisi kejayaan nya dalam konteks beribadah kepada Allah dan hal yang membawa kebaikkan kepada diri, agama dan untuk orang ramai.


Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. 

(Al-Hajj 22:18)


Soalannya- menentu halatuju hidup ?

1. Apa tujuan anda hidup didunia? 

- Tujuan saya hadir didunia adalah untuk melakukan ibadah dan mengerjakan amal kebaikkan demi negeri akhirat yang cemerlang. Disamping menjadi orang yang tidak menyusahkan orang lain, tangan yang memberi dan bermanfaat kepada orang ramai.


2. Setelah ini apa yang anda rancangkan untuk 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun di masa hadapan? 

- 5 tahun: Berjaya dalam pelajaran dalam kelas yang tinggi,mendalami ilmu agama

- 10 tahun: Membina kerjaya cemerlang, Pembangunan diri yang baik, Akhlak yang mulia, dan kehidupan yang stabil (mempunyai mobil rumah simpanan satu juta). Menghafal sebahagian Al Quran

- 20 tahun: Menulis pengalaman hidup dan ilmu-ilmu kepakaran yang saya miliki untuk dikongsi dengan masyarakat umum moga menjadi inspirasi kepada orang ramai dan membantu mengatasi masalah mereka. Istiqamah dalam Ibadah dan amal kebajikan.


3. Apa rancangan kerjaya dan professional? 

- Membantu menyelesaikan masalah orang ramai berdasarkan kelebihan dan keistimewaan yang saya ada. Contoh saya seorang doctor, ingin membantu menyelesaikan masalah kesihatan masyarakat. Mendidik dan berkongsi Ilmu.


4. Apa minat dan hobi anda? 

- Berkebun dan melihat alam


5. Keluarga bagaimana yang anda inginkan, dan apa yang anda ingin lakukan untuk mereka? 

- Bahagia. Mempunyai ruang masa untuk bersama mereka. Membantu memenuhi impian mereka. Menyayangi mereka dengan sepenuh perhatian. Dan menyatakan penghargaan betapa pentingnya mereka dalam hidup saya.


6. Apakah kekuatan anda, dan apakah kelemahan anda senaraikan. Dan apakah cara untuk menjadikan kekuatan anda super dan membaiki kelemahan anda?

- Memahami penggunaan herba-herba, menjadikan super: menggunakan ilmu-ilmu itu untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan orang ramai. 

- Bagaimana? dengan menggali lebih dalam ilmu dalam bidang herba, mendapatkan kelayakkan yang diperlukan untuk menjadi ahli professional dalam bidang tersebut, seterusnya menghasilkan ubat-ubatan yang dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

- Suka bersendiri, untuk memperbaiki: memilih orang orang yang menjadi rahmat sebagai linkungan sahabat


7. Watak baik yang bagaimanakah anda ingin tanamkan dalam diri anda?

- Sabar, Ikhlas, hamba yang bersyukur, sopan santun, damai dan tenang. Tidak mudah marah. 


8. Kerohanian? 

- Merngerjakan solat 5 waktu diawal waktu

- Membaca Al Quran dua surah sehari

- Berzikir, Bertasbih dan Beristifar pagi dan petang

- Mengerjakan solat Tahajud dan Dhuha


9. Rancangan Kewangan di masa depan?

- Saya tahu wang itu penting untuk menjamin kestabilan hidup. Secepat mungkin saya ingin mencapai status ‘ Money Freedom’. Oleh itu, saya dapat menumpukan masa yang ada untuk hal yang lebih penting.

- Money Freedom adalah orang yang bebas dari segala hutang, mempunyai pendapatan pasif, iaitu kemasukkan kewangan secara stabil . Mempunyai kebebasan dalam menentukan hidup dan ruang waktu sendiri.

- Saya akan mendapatkan satu pekerjaan berkaitan minat. Ianya bermula dengan menjadi pelajar yang cemerlang. Mendapat posisi yang baik dalam kerjaya bagi menimba pengalaman dengan gaji yang baik. Menyimpan sebahagian gaji. Setelah 5 tahun. Saya akan membuka perusahaan sendiri dengan menggunakan simpanan tadi. 2 tahun pertama adalah waktu stabil. Setelah itu saya akan meletakkan orang kepercayaan untuk mengendali sambil memantau. 

- Oleh itu saya mempunyai pendapatan yang stabil, lebih ruang waktu sendiri dalam masa sama masa dapat dimanfaatkan untuk menimba ilmu, memikirkan bagaimana untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan dunia dan akhirat.


Bagaimanakah anda menguruskan wang anda. Contoh Pengurusan?

40 %       Perbelanjaan hidup, termasuk bil bil, wang dapur

5%        Penghargaan terhadap diri sendiri, jangka Panjang. Simpanan untuk travelling, 

               umrah,   membeli asset.

5%         Membelanjakan untuk orang tersayang sebagai penghargaan

5%          Pembangunan diri sendiri (buku, kuliah, kursus)

5%         Sedekah Infak

2.5% Zakat

2.5% Hobi

35%         Simpanan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...