Pages

Tuesday, 24 September 2024

BERJAYA DALAM HIDUP

 MENGAPA LAMBAT BERJAYA?

Bagaimana untuk meningkatkan kualiti peribadi dan kualitas hidup. Orang yang lambat Berjaya. Apa yang menyebabkan seseorang lambat Berjaya? 

- Pertama lambat dalam memulai sesuatu kebaikkan itu.

- Kedua kita rasa akan ada waktu nanti. Tangguhkan.

- Ketiga rencananya itu dianggap ringan atau tidak begitu penting

- Keempat dia tidak merasakan bahaya akibat melambatkan sesuatu perkara itu.

- Kelima kerana masalah disiplin


DALIL MASA ITU PENTING

Sesungguhnya masa itu berharga, detik berlalu tidak boleh dibeli semula. Oleh itu hargailah. Satu satunya yang tidak mempunyai butang reverse dan tidak ada ubat untuk buat ia Kembali adalah masa. Hargai segala-segalanya.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 

(Al-'Asr 103:1-3)


RANCANG HALATUJU HIDUP

Seawal mungkin seseorang menemui halatuju tujuan hidupnya. Dan membuat perancangan serta mengambil plan tindakkan strategik dalam mencapai tujuan itu maka dia menjadi anak muda yang Berjaya pada awal usia, lekas dewasa. Namun hendaklah definisi kejayaan nya dalam konteks beribadah kepada Allah dan hal yang membawa kebaikkan kepada diri, agama dan untuk orang ramai.


Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. 

(Al-Hajj 22:18)


Soalannya- menentu halatuju hidup ?

1. Apa tujuan anda hidup didunia? 

- Tujuan saya hadir didunia adalah untuk melakukan ibadah dan mengerjakan amal kebaikkan demi negeri akhirat yang cemerlang. Disamping menjadi orang yang tidak menyusahkan orang lain, tangan yang memberi dan bermanfaat kepada orang ramai.


2. Setelah ini apa yang anda rancangkan untuk 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun di masa hadapan? 

- 5 tahun: Berjaya dalam pelajaran dalam kelas yang tinggi,mendalami ilmu agama

- 10 tahun: Membina kerjaya cemerlang, Pembangunan diri yang baik, Akhlak yang mulia, dan kehidupan yang stabil (mempunyai mobil rumah simpanan satu juta). Menghafal sebahagian Al Quran

- 20 tahun: Menulis pengalaman hidup dan ilmu-ilmu kepakaran yang saya miliki untuk dikongsi dengan masyarakat umum moga menjadi inspirasi kepada orang ramai dan membantu mengatasi masalah mereka. Istiqamah dalam Ibadah dan amal kebajikan.


3. Apa rancangan kerjaya dan professional? 

- Membantu menyelesaikan masalah orang ramai berdasarkan kelebihan dan keistimewaan yang saya ada. Contoh saya seorang doctor, ingin membantu menyelesaikan masalah kesihatan masyarakat. Mendidik dan berkongsi Ilmu.


4. Apa minat dan hobi anda? 

- Berkebun dan melihat alam


5. Keluarga bagaimana yang anda inginkan, dan apa yang anda ingin lakukan untuk mereka? 

- Bahagia. Mempunyai ruang masa untuk bersama mereka. Membantu memenuhi impian mereka. Menyayangi mereka dengan sepenuh perhatian. Dan menyatakan penghargaan betapa pentingnya mereka dalam hidup saya.


6. Apakah kekuatan anda, dan apakah kelemahan anda senaraikan. Dan apakah cara untuk menjadikan kekuatan anda super dan membaiki kelemahan anda?

- Memahami penggunaan herba-herba, menjadikan super: menggunakan ilmu-ilmu itu untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan orang ramai. 

- Bagaimana? dengan menggali lebih dalam ilmu dalam bidang herba, mendapatkan kelayakkan yang diperlukan untuk menjadi ahli professional dalam bidang tersebut, seterusnya menghasilkan ubat-ubatan yang dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

- Suka bersendiri, untuk memperbaiki: memilih orang orang yang menjadi rahmat sebagai linkungan sahabat


7. Watak baik yang bagaimanakah anda ingin tanamkan dalam diri anda?

- Sabar, Ikhlas, hamba yang bersyukur, sopan santun, damai dan tenang. Tidak mudah marah. 


8. Kerohanian? 

- Merngerjakan solat 5 waktu diawal waktu

- Membaca Al Quran dua surah sehari

- Berzikir, Bertasbih dan Beristifar pagi dan petang

- Mengerjakan solat Tahajud dan Dhuha


9. Rancangan Kewangan di masa depan?

- Saya tahu wang itu penting untuk menjamin kestabilan hidup. Secepat mungkin saya ingin mencapai status ‘ Money Freedom’. Oleh itu, saya dapat menumpukan masa yang ada untuk hal yang lebih penting.

- Money Freedom adalah orang yang bebas dari segala hutang, mempunyai pendapatan pasif, iaitu kemasukkan kewangan secara stabil . Mempunyai kebebasan dalam menentukan hidup dan ruang waktu sendiri.

- Saya akan mendapatkan satu pekerjaan berkaitan minat. Ianya bermula dengan menjadi pelajar yang cemerlang. Mendapat posisi yang baik dalam kerjaya bagi menimba pengalaman dengan gaji yang baik. Menyimpan sebahagian gaji. Setelah 5 tahun. Saya akan membuka perusahaan sendiri dengan menggunakan simpanan tadi. 2 tahun pertama adalah waktu stabil. Setelah itu saya akan meletakkan orang kepercayaan untuk mengendali sambil memantau. 

- Oleh itu saya mempunyai pendapatan yang stabil, lebih ruang waktu sendiri dalam masa sama masa dapat dimanfaatkan untuk menimba ilmu, memikirkan bagaimana untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan dunia dan akhirat.


Bagaimanakah anda menguruskan wang anda. Contoh Pengurusan?

40 %       Perbelanjaan hidup, termasuk bil bil, wang dapur

5%        Penghargaan terhadap diri sendiri, jangka Panjang. Simpanan untuk travelling, 

               umrah,   membeli asset.

5%         Membelanjakan untuk orang tersayang sebagai penghargaan

5%          Pembangunan diri sendiri (buku, kuliah, kursus)

5%         Sedekah Infak

2.5% Zakat

2.5% Hobi

35%         Simpanan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...